JAWAPAN AERIL ZAFREL – DAKWAAN WAWA ZAINAL KINI HAMIL DAN SUDAH BERNIKAH?




Pelakon drama bersiri ‘Cinta Jannah’ slot akasia tv3,  Aeril Zafrel , menjawab dakwaan yang beliau telah bernikah dengan pelakon,Wawa Zainal dan Wawa kini dikatakan telah hamil.Dan mungkin dakwaan ini timbul kerana pelakon wanita yang didakwa menjadi isterinya itu kebetulan sedang berehat di kampung halamannya di Sabah sejak empat bulan lalu kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya penyakit berkaitan makhluk halus.
Jawapan Aeril Zafrel : Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”.
Dalam laporan sama Aeril juga menyatakan dia dan Wawa hanyalah sahabat baik dan mengesahkan yang temannya itu sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat. Dia juga memohon pada mana-mana pihak supaya berhenti daripada membuat spekulasi kononnya Wawa kini sedang hamil.
Tambah Aeril Zafrel, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa”.
Semoga Wawa cepat sembuh dan kembali bergiat dalam dunia seni tanah air.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan