12 tahun jadi hamba seks bapa

Kuala Terengganu: Rahsia seorang bapa merogol anak kandungnya sejak umur enam tahun terbongkar selepas remaja berusia 18 tahun itu menceritakan kejadian malang menimpanya kepada guru kaunseling sekolah.
Suspek berusia 42 tahun menjadikan anak sulung daripada lapan beradik itu sebagai hamba seksnya selama 12 tahun, dengan kejadian terbaru di ladang kelapa sawit pada 21 Ogos lalu.
Sumber berkata, tidak mampu lagi menyimpan rahsia, mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menceritakan kejadian kepada guru kaunseling sekolah selepas kejadian itu.
“Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, suspek mengajak anaknya ke ladang kelapa sawit berhampiran sebelum merogolnya,” katanya.
Mangsa beritahu guru kaunseling
Sumber berkata, ketika menceritakan kejadian kepada guru kaunseling sekolah, mangsa berkata, dia tidak tahan lagi menjadi hamba seks bapanya sejak sekolah tadika, namun tidak berani membuka mulut kerana sering diugut bapanya sebelum ini.
Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini, semalam, mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan